Jaga-jaga, kalau tersilap cara potong kuku boleh menyebabkan masalah cengkam kuku (atau ada juga yang panggil cagu).
Kuku kita ini tumbuhnya secara berterusan. Cara yang betul untuk memotong kuku ialah kuku dipotong lurus (lihat gambar).
Tersilap cara potong kuku (lihat gambar) akan menyebabkan kuku tumbuh memasuki ke dalam isi. Macam ada sesuatu yang 'mencucuk' isi, tentulah akan rasa sakit kemudian membengkak dan lebih teruk lagi boleh dijangkiti kuman!
Punca lain yang jarang-jarang terjadi ialah kerap memakai kasut yang lebih sempit i bahagian depan kaki, kasut tinggi, berdiri untuk suatu jangka masa yang lama, ibu mengandung dan masalah berat badan berlebihan.
Cengkam kuku yang tidak dirawat berisiko dijangkiti. Antara tanda anda dijangkiti ialah bengkak di tepi kuku, kesakitan, pengumpulan darah beku dan/atau 'air bisa' atau nanah.
Cengkam kuku yang tidak berapa teruk biasanya boleh diselesaikan dengan krim sapu, ubat makan tertentu dan 'modify' semula kuku supaya bentuknya lurus.
Kalau tidak, segeralah ke klinik dan bersedia untuk pembedahan buang sebahagian atau keseluruhan kuku bergantung kepada keadaan masing-masing.
Ingat. Bila kuku baru sudah tumbuh dan kuku menjadi lebih panjang, jangan lupa untuk potong kuku secara lurus sahaja ya. Barulah tak menangis kesakitan bila jadi masalah cengkam kuku lagi.
Target rawatan cengkam kuku ialah membebaskan 'cengkaman' kuku kepada isi dengan mengangkat kuku keluar dari isi, salah satunya dengan cara seperti dalam gambar.
"Doktor, tumit saya ni sakit sangat. Dah seminggu sakit. Makan ubat pun dah tak 'jalan'dah. Tu yang saya mai sini. Dulu biasa jadi beberapa kali, tapi tak la sakit sangat macam kali ni. Kenapa ya saya selalu sakit tumit, doktor? Ada masalah yang serius ke?"
.
Setelah sejarah lain diambil dan pemeriksaan kesihatan dijalankan, doktor mendapati pesakit mengalami masalah plantar fasciitis.
Plantar fasciitis merupakan masalah yang agak kerap terjadi di kalangan masyarakat. Ianya terjadi akibat keradangan pada ligamen yang terletak di bahagian tumit (dipanggil plantar fascia) apabila tapak kaki mengalami tekanan yang berlebihan.
Faktor-faktor risiko termasuklah:
Berat badan berlebihan dan obesiti.
Berdiri atau berjalan untuk tempoh masa yang lama, contohnya pelayan di restoran yang sibuk.
Masalah struktur kaki sedia ada, seperti tapak kaki rata (flat feet).
Pemilihan kasut yang tidak sesuai seperti tapak kasut keras.
Ibu mengandung juga berisiko kerana mengalami peningkatan berat badan mendadak dalam masa yang singkat.
.
Rawatan dan Pencegahan
Apabila sudah mengenal pasti punca sakit tumit anda, sudah semestinyalah rawatan terbaik ialah 'tackle' punca tersebut.
Jika anda mempunyai masalah berat badan berlebihan, berusahalah menurunkan berat badan sehingga mencapai berat badan ideal (BMI normal).
Jika kasut yang dipakai sudah terlalu lama, tapak juga sudah haus dan menjadi keras, cubalah mendapatkan kasut yang lebih sesuai. Saranan kasut untuk masalah plantar fasciitis ialah yang bertapak lembut, sedikit bertapak kira-kira 1 inci (untuk mengurangkan tekanan ke atas tapak kaki), dan tidak sempit di bahagian hujung (seperti kebanyakan kasut wanita).
Terdapat juga punca yang tidak boleh dikawal seperti contoh pelayan di restoran yang sibuk di atas. Puncanya berdiri dan berjalan untuk tempoh masa yang lama. Takkan pula mahu disuruh pesakit berhenti kerja kan? Tetapi pesakit perlu mengetahui faktor ini dan selagi faktor itu ada, sakit tumit boleh berlaku lagi di masa akan datang.
Ada juga faktor yang tidak boleh diubah langsung seperti struktur tapak kaki rata (flat feet) sejak azali lagi.
.
10 Tips Mudah Hilangkan Sakit Tumit
Selain ubat tahan sakit yang dibeli di farmasi atau ubat yang diberi oleh doktor, boleh juga anda lakukan beberapa senaman ringkas seperti dalam video ini. Nampak sahaja simple tetapi efeknya besar!
.
Selain dari itu:
Rehatkan diri dari banyak berjalan atau berdiri lama
Pilih senaman impak rendah seperti berbasikal atau berenang. Elakkan senaman yang memberi tekanan tinggi terhadap tapak kaki seperti berjoging.
Elakkan penggunaan kasut tapak tinggi
Senaman ringkas yang boleh dilakukan hanya di rumah:
Mencengkam objek kecil menggunakan jari kaki
Menggolekkan barang dengan tapak kaki
Berdiri jengket beberapa saat (contoh 15-30 saat), buat sekurang-kurangnya 3 kali untuk setiap sesi
Jalan jengket-jengket beberapa minit sehari
Berdiri sebelah kaki selama 5 minit, 2 kali sehari
Menarik tapak kaki menggunakan tuala
Berdiri sebelah kaki, tahan 10-20 saat. Ulang dengan kaki sebelah lagi satu.
.
Plantar fasciitis sepatutnya tidak memerlukan rawatan yang lebih serius seperti pembedahan. Tetapi jika tidak dirawat dan dicegah kejadiannya di masa akan datang, boleh memberi kesan terhadap sendi-sendi lain serta mengehadkan pergerakan anda kerana kesakitan.
Susu ibu ialah susu terbaik untuk bayi sekurang2nya sehingga 6 bulan dan sebaik2nya sehingga 2 tahun. Namun, buat anda yang terpaksa memilih susu formula untuk bayi anda, ini adalah cadangan secara am jika bayi anda mempunyai masalah tertentu. Sumber rujukan berdasarkan MIMS Malaysia, keluaran Sept 2021.
Tahukah anda, selain di Klinik Kesihatan, terdapat juga pemeriksaan ibu mengandung dijalankan di klinik swasta tertentu dan di kebanyakan hospital swasta?
.
Di Klinik Putra Cawangan Pokok Sena, kami mempunyai perkhidmatan ini.
Untuk membantu ibu hamil berkerjaya yang mengalami kekangan masa untuk hadir ke Klinik Kesihatan semasa waktu bekerja.
Untuk ibu hamil suri rumah yang suami mereka juga bekerja dan menggunakan kenderaan yang ada
Untuk ibu hamil yang hanya mempunyai kelapangan pada hujung minggu dan cuti sekolah/cuti am
Centers for Disease Control and Prevention (CDC) menyarankan pengambilan suntikan vaksin pneumokokal sebagai vaksin tambahan bayi dan kanak-kanak, serta warga tua yang berusia 65 tahun dan ke atas. Ini kerana, penyakit pneumokokal boleh menjangkiti golongan-golongan ini terutamanya yang mempunyai paras imuniti yang rendah, mengakibatkan pelbagai komplikasi yang serius.
Alhamdulillah. Boleh nampak janin terbentuk dalam kantung tu?
Janin berusia 7 minggu lebih. Cantik sangat gambar scan 6D di awal kehamilan.
Untuk mengesan kehadiran janin dalam kantung, doc sarankan buat scan pertama semasa trimester pertama, sebaik-baiknya sebelum 12 minggu kehamilan. Scan pertama ni penting untuk memastikan janin berada di dalam kantung (bukan di luar - ectopic pregnancy / kandungan luar rahim), menentukan sudah berapa minggu dan menentukan tarikh jangka bersalin (EDD, estimated date of delivery).