6 Petua Hilangkan Demam Campak



Petua Hilangkan Demam Campak | Demam campak, juga dikenali sebagai 'chicken pox' merupakan sejenis penyakit mudah berjangkit. Ianya disebabkan oleh virus Varicella Zoster yang mudah tersebar melalui udara.

Demam campak sangat kerap menjangkiti kanak-kanak. Penyakit ini didiagnos secara klinikal, di mana pesakit biasanya hadir ke klinik dengan aduan demam, sakit tekan dan selesema. Kemudiannya akan mula mengalami ruam gatal berisi air (vesicles). Ruam campak biasanya bermula di bahagian badan dan belakang. Yang kemudiannya akan merebak ke kaki tangan dan muka. Ada juga pesakit yang mengalami ruam di dalam mulut dan bahagian sulit.

Ruam demam campak bermula sebagai bintik merah, yang kemudiannya akan berisi air dan pecah. Setelah beberapa hari akan membentuk keruping (crust) dan mengering. Pesakit masih 'contagious' (boleh menjangkiti orang lain) sehingga tiada lagi ruam baru, dan semua ruam sedia ada telah pun kering sepenuhnya.

Oleh kerana demam campak ialah sejenis jangkitan virus, kebiasaannya jangkitan ini akan sembuh dengan sendirinya tanpa bantuan antibiotik (kecuali ada tanda dijangkiti bakteria seperti demam tinggi selepas beberapa hari). Oleh kerana itu, ubat yang diberikan adalah lebih kepada 'supportive' sahaja. Iaitu ubat untuk demam, gatal dan cream atau losyen calamine untuk mengurangkan ketidakselesaan ruam.



6 Petua Menghadapi Demam Campak


  1. Mandi dengan kerap. Ini bukan sahaja membantu menurunkan suhu badan terutamanya ketika demam, tetapi judemam campakga sebagai langkah kebersihan diri yang tetap perlu dijaga walaupun tidak sihat.
  2. Potong kuku kanak-kanak. Untuk mengurangkan kanak-kanak menggaru sehingga meninggalkan parut berlubang.
  3. Demam campak ialah sejenis jangkitan virus. Untuk cepat sembuh, pesakit digalakkan membanyakkan makanan kaya vitamin C untuk meningkatkan sistem imun badan.
  4. Minum air putih secukupnya untuk mengekalkan hidrasi badan.
  5. Makan ubat seperti yang disarankan untuk membantu mengawal simptom - demam, gatal, dan lain-lain.
  6. Kuarantin kanak-kanak sehingga tiada lagi ruam baru, dan ruam sedia ada telah kering seluruhnya. Ini adalah untuk mengelakkan jangkitan kepada kanak-kanak lain.

Penyakit  hanya berlaku sekali dalam seumur hidup. Virus Varicella Zoster yang menjangkiti orang dewasa atau untuk kali kedua, menunjukkan manifestasi yang berbeza.



Klinik Putra
Cawangan Pokok Sena
04-573 2685

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana membaca dan terima kasih atas komen anda.