Bisa Semut Selangor Boleh Membawa Maut!


Semut Selangor, seperti di dalam gambar di atas, badannya tediri daripada warna merah di bahagian depan dan warna hitam di belakang.


Nama sahaja semut "Selangor" tapi boleh ada di mana-mana negeri dalam Malaysia. :)

Manusia yang sihat, cergas dan bebas dari penyakit-penyakit tidak akan terancam dengan semut selangor. Sebaliknya, pesakit penyakit-penyakit kronik seperti kencing manis, boleh mengalami lumpuh sekiranya diserang semut ini.

"Semut Selangor tidak berbahaya tapi bagi sesetengah yang ada alahan, kencing manis, darah tinggi, jantung, gigitan semut ini boleh membawa maut!" kata Ketua Pensyarah Kanan Jabatan Parasitologi dan Entomology UKM, Dr. Aishah Hani Azil.


Manifestasi


Apabila digigit semut Selangor, seseorang boleh mempunyai manifetasi berikut:

1) Lokal / Setempat) - contoh: sakit, bengkak, radang 
2) Sistemik (Menyeluruh) - contoh: penat, loya dan muntah, cirit-birit

Kata Dr. Aishah, manifestasi ini akan muncul kira-kira 24 jam selepas digigit semut ini.

Salah satu pesakit yang terkena bisa semut Selangor. Berita tahun 2015.

Apa Nak Buat Bila Kena Bisa Semut Selangor?


Terdapat 2 cara semut Selangor menyerang mangsa. Daripada belakang badan ataupun dari kepala.

Sebaik digigit semut ini, cuba buang semut ini supaya penyengat yang berbisa tidak akan melekat pada kulit. Untuk ini, gunakan pelapik kerana dikhuatiri terkena jari pula.

Kemudian, cuci luka dengan cecair antiseptik.

Boleh juga letakkan pek ais untuk melegakan keradangan (sakit, bengkak).

Dapatkan krim dari farmasi atau klinik berdekatan untuk disapu pada luka.

Anda juga mungkin memerlukan ubat antihistamin untuk masalah kegatalan atau bengkak yang semakin membesar.

Rawatan di hospital diperlukan SEGERA sekiranya anda mempunyai tanda-tanda bahaya berikut:
  • pening
  • muntah-mmuntah
  • sakit kepala
  • sesak nafas

Sedikit Info Tentang Semut Selangor


Dikenali dengan nama Tetraponera rufonigra, spesies semut ini aktif pada waktu siang dan kurang aktif pada waktu malam.

Sarang semut Selangor terletak kebanyakannya did alam pokok-pokok besar atau tunggul kayu

Ia tidak menyerang manusia kecuali apabila rasa terancam.



KLINIK PUTRA CAWANGAN POKOK SENA
04-573 2685

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana membaca dan terima kasih atas komen anda.