Penyakit Kaki Tangan dan Mulut

Penyakit Kaki Tangan dan Mulut = Hand Foot Mouth Disease (HFMD)

Penyakit kaki tangan dan mulit disebabkan oleh virus (kumpulan enterovirus) yang biasanya menjangkiti kanak-kanak di bawah umur 5 tahun. Jangkitan ini berlaku disebabkan tidak mengamalkan kebersihan diri yang baik dan berada di tempat atau persekitaran yang sesak. Penyakit ini dijangkiti melalui kontak secara langsung dengan pesakit serta melalui najis, air liur dan lelehan dari hidung pesakit.

Kebanyakan kes ini tidak aserius. Namun begitu terdapat juga kes-kes teruk yang melibatkan system saraf dan jantung.

Setiap ahli keluarga dinasihatkan mengamalkan kebersihan diri untuk mencegah jangkitan.



TANDA-TANDA DAN GEJALA PENYAKIT KAKI TANGAN DAN MULUT


  • Ruam dengan lepuh di tapak tangan, kaki dan kawasan lampin
  • Ulser di tekak dan mulut
  • Demam
  • Sakit kepala
  • Hilang selera makan disebabkan ulser dalam mulut

Seperti nama penyakit ini, pesakit yang menghidap penyakit kaki tangan dan mulut mempunyai ruam dan lepuh di bahagian tangan, kaki dan mulut

Seperti nama penyakit ini, pesakit yang menghidap penyakit kaki tangan dan mulut mempunyai ruam dan lepuh di bahagian tangan, kaki dan mulut


LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN PENYAKIT KAKI TANGAN DAN MULUT


  • Cuci tangan dengan sabun dan air bersih sebelum menyediakan makanan, selepas ke tandas, selepas menukar lampin anak dan selepas mencuci najis anak.
  • Tutup mulut dan hidung dengan tisu apabila bersin dan batuk.
  • Jangan berkongsi brang-barang peribadi seperti berus gigi, sapu tangan, tuala, cadar, cawan, sudu dan garpu.
  • Mandi dan tukar pakaian selepas pulang dari tempat kerja sebelum bermesra dengan bayi dan anak kecil.
  • Cuci alat mainan, permukaan meja, kerusi dan lantai yang dicemari air liur anak.
  • Elakkan membawa anak kecil ke tempat umum yang sesak seperti pusat membeli belah, pawagam. kolam renang, pasar dan stesyen bas.


SEKIRANYA ANAK ANDA MEMPUNYAI TANDA-TANDA DAN GEJALA PENYAKIT KAKI TANGAN DAN MULUT;


  • Bawa segera ke hospital atau klinik berhampiran
  • Jangan hantar ke tadika, rumah pengasuh atau sekolah
  • Lap lelehan dari mulut dan hidung menggunakan tisu


Paling mebimbangkan, apabila kanak-kanak yang menghidap penyakit kaki tangan dan mulut juga mempunyai ulser yang banyak di dalam mulut, menyebabkan mereka tidak mahu makan dan minum. Segeralah ke hospital jika anak anda mempunyai symptom ini.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana membaca dan terima kasih atas komen anda.