Sebab Cengkam Kuku Berulang-ulang


Jaga-jaga, kalau tersilap cara potong kuku boleh menyebabkan masalah cengkam kuku (atau ada juga yang panggil cagu).

Kuku kita ini tumbuhnya secara berterusan. Cara yang betul untuk memotong kuku ialah kuku dipotong lurus (lihat gambar).

Tersilap cara potong kuku (lihat gambar) akan menyebabkan kuku tumbuh memasuki ke dalam isi. Macam ada sesuatu yang 'mencucuk' isi, tentulah akan rasa sakit kemudian membengkak dan lebih teruk lagi boleh dijangkiti kuman!

Punca lain yang jarang-jarang terjadi ialah kerap memakai kasut yang lebih sempit i bahagian depan kaki, kasut tinggi, berdiri untuk suatu jangka masa yang lama, ibu mengandung dan masalah berat badan berlebihan.

Cengkam kuku yang tidak dirawat berisiko dijangkiti. Antara tanda anda dijangkiti ialah bengkak di tepi kuku, kesakitan, pengumpulan darah beku dan/atau 'air bisa' atau nanah.

Cengkam kuku yang tidak berapa teruk biasanya boleh diselesaikan dengan krim sapu, ubat makan tertentu dan 'modify' semula kuku supaya bentuknya lurus.

Kalau tidak, segeralah ke klinik dan bersedia untuk pembedahan buang sebahagian atau keseluruhan kuku bergantung kepada keadaan masing-masing.

Ingat. Bila kuku baru sudah tumbuh dan kuku menjadi lebih panjang, jangan lupa untuk potong kuku secara lurus sahaja ya. Barulah tak menangis kesakitan bila jadi masalah cengkam kuku lagi.

sebab cengkam kuku
Target rawatan cengkam kuku ialah membebaskan 'cengkaman' kuku kepada isi dengan mengangkat kuku keluar dari isi, salah satunya dengan cara seperti dalam gambar.

.

KLINIK PUTRA
Cawangan Pokok Sena
04-573 2685

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana membaca dan terima kasih atas komen anda.