Kanser serviks merupakan kanser kedua tertinggi melibatkan wanita selepas kanser payudara.
Berbanding seluruh kematian yang disebabkan oleh kanser, kanser serviks berada di tangga kelima.
Punca yang dikenalpasti ialah jangkitan oleh virus Human Papilloma (HPV). Mereka yang berisiko ialah:
🌱Mempunyai lebih daripada 3 pasangan hubungan intim
🌱Hubungan intim pada usia sebelum 17 tahun
🌱Kelahiran pertama pada usia sebelum 17 tahun
🌱Penggunaan kontraseptif melebihi 10 tahun
🌱Sejarah kelahiran cukup bulan sebanyak 7 kali dan ke atas (sejarah melahirkan 7 atau lebih orang anak)
🌱Merokok
🌱Status sosioekonomi rendah
Kebanyakan kes tidak menunjukkan apa-apa simptom. Jika ada, pesakit boleh mengalami tanda-tanda seperti pendarahan vagina selepas menopaus, pendarahan vagina selepas 'bersama' lendiran abnormal dari vagina atau sakit perut.
Kanser serviks boleh dicegah melalui saringan awal Pap Smear secara berkala. Sedikit calitan pada serviks dilakukan tanpa atau minima kesakitan dalam masa kurang dari 5 minit sahaja.
Wanita yang masih aktif berhubungan intim disarankan menjalani ujian ini sekali setiap tahun untuk 3 tahun berturut-turut. Jika ketiga-tiga keputusan adalah negatif (tiada sel kanser), lakukan ujian ini sekali setiap 3 tahun pula.
Saringan awal mampu mengesan sel kanser peringkat awal & menyelamatkan nyawa anda.
(Sumber : KKM)
KLINIK PUTRA
Cawangan Pokok Sena
04-573 2685
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana membaca dan terima kasih atas komen anda.