Ujian Pap Smear BD SurePath Mengesan Kanser Serviks Dengan Lebih Baik

Apa Itu Pap Smear?

Pap Smear - kaedah konvensional hanya 'menyapu' sampel yang diambil di atas slaid kaca. Tidak semua sel yang diambil akan dihantar ke makmal untuk ujian Pap Smear.

Pap smear berasal dari perkataan 'Papanicolou', merupakan pemeriksaan sel dari serviks (pangkal rahim) wanita. Pap Smear dijalankan untuk memastikan kehadiran kanser serviks, sebagai screening bagi wanita selepas bersalin, tanda-tanda jangkitan virus, atau boleh juga mengenalpasti perubahan sel serviks yang berkemungkinan merupakan perubahan awal sebelum terjadinya kanser serviks.



Kenapa Perlu Pap Smear?


Ujian Pap Smear boleh menyelamatkan nyawa anda!

Dengan ujian ini, akan dapat mengenalpasti perubahan sel sebelum terjadinya kanser yang kemudiannya boleh berkembang kepada kanser yang lebih membahayakan.

Kanser serviks yang dikenalpasti lebih awal lebih mudah untuk dirawat. Dijangkakan kira-kira separuh daripada wanita-wanita yang didiagnos kanser serviks tidak menjalankan ujian Pap Smear secara berkala.


Apa Faktor Risiko Kanser Serviks?


Mana-mana wanita boleh menghidap kanser serviks. Faktor risiko pertama dan utamanya ialah virus human papilloma (human papilloma virus, HPV).

Walau bagaimanapun, risiko kanser ini meningkat sekiranya wanita mempunyai faktor-faktor di bawah:
  • hubungan seksual bermula sebelum usia 18 tahun
  • mempunyai ramai pasangan seks
  • pasangan juga mempunyai hubungan dengan beberapa orang yang lain
  • sedang mengalami atau pernah mengalami jangkitan HPV atau genital warts
  • pernah atau sedang mengalami penyakit kelamin
  • umur lebih 60 tahun
  • merokok

Pap Smear ialah ujian saringan yang dapat mengesan kanser serviks di peringkat awal lagi.

Kalau Dah Ambil Vaksin HPV Pun, Perlu Buat Screening Dengan Pap Smear Juga?


Ya.

Disarankan SEMUA wanita sebelum usia 21 tahun atau 'sexually active' (sudah berkahwin atau tidak) selama paling kurang 3 tahun, menjalankan ujian Pap Smear sekali setiap setahun hingga tiga tahun.

Walaupun telah mendapatkan vaksin HPV, wanita ini masih memerlukan ujian rutin ini. Ini kerana, ujian ini membantu:
  • mencegah kanser serviks yang berpunca dari virus lain selain HPV
  • melinungi wanita yang telah sedia dijangkiti virus HPV sebelum mendapatkan vaksin HPV
  • melindungi wanita yang tidak mendapat vaksin HPV
  • kerana tempoh masa imuniti oleh vaksin HPV tidak diketahui
Selain itu, wanita yang telah menopaus juga disarankan menjalankan ujian Pap Smear ini. Mereka yang menjalankan ujian ini mengikut saranan doktor lebih mudah untuk dikenalpasti kehadiran sel serviks yang abnormal, dengan itu, mampu mencegah dari sel abnormal itu berkembang menjadi sel kanser.


Apa Itu BD SurePath Pap Smear?


Dalam ujian Pap Smear konvensional, sel serviks diambil dari serviks dan diratakan ke atas slaid kaca. Sampel sel ini akan bercampur dengan sedikit darah dan tidak semua sel yang diambil akan dapat disapu pada slaid kaca tersebut.

Mengikut kajian, sebanyak 37% sampel Pap Smear kaedah konvensional hanya memberi keputusan tidak memuaskan (unsatisfactory sample) yang menyebabkan pesakit perlu dipanggil semula untuk menjalankan ujian ini semula.

Dengan BD SurePath Pap Smear, satu lapisan nipis sampel sel dari serviks digunakan untuk screening dan mengesan kanser serviks, dan sel-sel abnormal lain. Sampel yang diambil akan dimasukkan kesemuanya ke dalam botol mengandungi cecair yang disediakan.

Teknik BD SurePath ini juga memastikan 100% sampel yang diambil digunakan untuk ujian di dalam makmal. Kaedah ini meningkatkan pengesanan kanser serviks sebanyak 64.4% berbanding kaedah konvensional.

Dan rata-rata pesakit yang menjalani ujian Pap Smear dengan BD SurePath juga menyatakan ianya tidak menyakitkan.


Cara ujian Pap Smear dengan BD SurePath dijalankan. Sampel diambil dari serviks, berus dimasukkan ke dalam botol dan dipisahkan dari pemegang. Ini memastikan 100% sampel yang diambil dihantar ke makmal untuk ujian.

 

Kelebihan BD SurePath Pap Smear


Berikut adalah kelebihan menjalankan Pap Smear menggunakan kaedah BD SurePath:
  • Mampu mengesan kanser serviks sebanyak 64.4% lebih baik dari kaedah konvensional
  • Keadah yang mudah dan standard
  • Keputusan lebih jelas dan meyakinkan
  • Mengurangkan sampel yang tidak memuaskan (mengurangkan kebarangkalian pesakit perlu ulang ujian Pap Smear)
  • Diluluskan FDA di mana 100% sampel yang diambil, dijalankan ujian

Bagaimana Dengan Keputusan Pap Smear?


Keputusan ujian Pap Smear boleh jadi negative atau positive.

Keputusan negatif bermaksud pesakit itu bebas kanser serviks.

Manakala keputusan positif bermaksud samada mempunyai sel-sel abnormal yang berisiko mendapat kanser serviks di kemudian hari atau sudah pun confirm kanser serviks.

Keputusan yang positif memerlukan pesakit perlu mengulang ujian ini atau terus dirujuk kepada doktor pakar sakit puan untuk ujian dan rawatan lanjut.


KANSER SERVIKS


Secara globalnya, kanser serviks ialah satu daripada kanser yang paling kerap berlaku di kalangan wanita, dengan jangkaan 440,000 kes baru setiap tahun, dan kira-kira 80% dari kes-kes ini berlaku di negara membangun dan mundur.

Di Malaysia, kanser serviks ialah kanser kedua tertinggi di kalangan wanita.

Berdasarkan kajian Malaysia's National Cancer Registry pada tahun 2002, kira-kira 2,000 hingga 3,000 kes kanser serviks di hospital setiap tahun di Malaysia, dengan majoriti kes diagnos dengan tahap kronik (late stage).


Tanda-tanda Kanser Serviks


Sekiranya anda mempunyai mana-mana tanda di bawah, segeralah berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut bagi mengenalpasti ianya kanser serviks atau tidak:
  • pendarahan di antara haid (intermenstrual bleeding)
  • cairan abnormal dari vagina (abnormal vaginal discharge)
  • sakit luar biasa dalam vagina (dyspareunia)
  • pendarahan selepas bersama pasangan (postcoital bleeding)
  • pendarahan selepas menopause (postmenopausal bleeding)

Apa Cara Pencegahan?


Jalankan ujian Pap Smear secara berkala.

Perlindungan yang boleh diberikan melalui cara ini ialah sebanyak 26-45%.

Buat pilihan terbaik. Pilihlah kaedah Pap Smear cara BD SurePath yang memastikan 100% sampel yang diambil dijalankan ujian.

Ujian Pap Smear BD SurePath ialah kaedah yang mendapat kelulusan FDA di mana, 100% sampel yang diambil, dihantar untuk ujian di makmal.








Untuk ujian Pap Smear kaedah BD SurePath di Klinik Putra Cawangan Pokok Sena, sila hubungi klinik untuk pertanyaan.
04-573 2685



Sumber: 
BD Diagnostics - Women Health and Cancer www.bd.com/tripath
National Cervical Cancer Coalition www.nccc-online.org
National Cancer Institute www.cancer.gov
American Cancer Society www.Cancer.org

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana membaca dan terima kasih atas komen anda.