Pemeriksaan Ibu Mengandung Di Klinik Putra Cawangan Pokok Sena

Tahukah anda, selain di Klinik Kesihatan, terdapat juga pemeriksaan ibu mengandung dijalankan di klinik swasta tertentu dan di kebanyakan hospital swasta?
.
Di Klinik Putra Cawangan Pokok Sena, kami mempunyai perkhidmatan ini.
  • Untuk membantu ibu hamil berkerjaya yang mengalami kekangan masa untuk hadir ke Klinik Kesihatan semasa waktu bekerja.
  • Untuk ibu hamil suri rumah yang suami mereka juga bekerja dan menggunakan kenderaan yang ada
  • Untuk ibu hamil yang hanya mempunyai kelapangan pada hujung minggu dan cuti sekolah/cuti am


Buka Buku Merah ("Booking")

.
Sebaik saja kehamilan anda disahkan melalui ultrasound (ada kantung, janin berada di dalam kantung, denyutan jantung janin kelihatan/kedengaran), proses pertama ialah '' booking" (buka buku merah).
.
Buku merah, juga dikenali sebagai antenatal book, adalah ibarat IC ibu hamil. Ya, penting. Kerana mengandungi hampir kesemua maklumat yang berkaitan dengan kehamilan semasa, sejarah kehamilan lalu (jika ada), sejarah penyakit, sejarah pembedahan (jika ada), keputusan ultrasound yang dijalankan, keputusan darah dan sebagainya.
.
Ibu hamil seharusnya menyimpan buku merah ini dengan baik sehingga bayi dilahirkan. Lebih baik lagi jika terus disimpan untuk rujukan kehamilan yang seterusnya.
.
Prosedur booking di sini:
  1. Pendaftaran ibu hamil dan suami
  2. Ultrasound untuk pengesahan kehamilan
  3. Ujian air kencing
  4. Ujian darah antenatal ibu hamil
  5. Ujian saringan HIV suami
  6. Pemeriksaan 'wajib' yang lain (tekanan darah, berat badan, etc)
  7. Sejarah kesihatan lepas dan kehamilan lalu
  8. Pemeriksaan fizikal ibu
  9. Saringan untuk ujian MGTT (minum air gula)
  10. Pemberian vitamin antenatal
  11. Pembayaran & pemberitahuan tarikh susulan seterusnya
.

Kekerapan Checkup

.
Amnya, sama seperti 'SOP' di Klinik Kesihatan, kekerapan followup ibu hamil adalah sekali dalam sebulan sehingga kandungan berusia 30 minggu. Dan seterusnya sekali setiap 2 minggu sehingga bayi dilahirkan.
.
Anda mungkin perlu hadir lebih kerap jika didapati mempunyai komplikasi semasa kehamilan, contohnya gula kencing manis yang tidak terkawal dengan baik, ukuran bayi didapati lebih kecil/besar daripada yang sepatutnya dan lain-lain.
.

Pemeriksaan Ibu Hamil Yang 'Wajib' Setiap Kali Followup

.
Setiap kali followup, ibu hamil wajib diperiksa berat badan, tekanan darah, nadi ibu, air kencing (untuk mengesan protein dan glukosa dalam air kencing) dan kadar denyutan jantung bayi (fetal heart rate).
.

Kekerapan Ultrasound

.
  1. Awal kehamilan - untuk memastikan janin di dalam kantung, lihat/dengar denyutan jantung janin, dan pastikan tarikh jangka bersalin (estimated date of delivery, EDD).
  2. Nuchal translucency, NT - untuk mengukur risiko bayi dengan Sindrom Down. Scan antara 11-14 minggu.
  3. Detailed scan atau anomaly scan - scan organ dalaman (jantung, otak, perut, etc), keadaan tali pusat, plasenta. Untung-untung dapat juga lihat jantina bayi ketika ini. Scan antara 18-26 minggu.
  4. Scan kedudukan plasenta dan kuantiti air ketuban dibuat pada minggu ke-28 kehamilan.
  5. Ultrasound 3/4D/5D sangat sesuai untuk dibuat di antara 24-30 minggu jika ibu hamil atau pasangan mahu melihat muka, jantina dan fizikal bayi.
  6. Scan pada 37 minggu - ketika ini bayi dikatakan telah cukup matang (term).
  7. Scan hari EDD (40 minggu) jika masih belum bersalin.
pemeriksaan ibu hamil


.

Ujian MGTT (minum air gula)

.
Risiko kencing manis semasa hamil (gestational diabetes mellitus, GDM):
  1. Umur ibu hamil 35 tahun dan ke atas
  2. BMI > 27kg/m2
  3. Sejarah kehamilan lalu dengan mana-mana di bawah:
    • GDM
    • Kematian bayi dalam kandungan yang tidak dapat dijelaskan
    • Keguguran kandungan yang tidak dapat dijelaskan
    • Kematian bayi yang telah lahir yang tidak dapat dijelaskan
    • Keguguran yang kerap
    • Anak terdahulu dengan abnormaliti kongenital (kecacatan sebaik lahir)
    • Sejarah bayi terdahulu yang besar melebihi 4kg dan ke atas
  4. Ibu dan bapa kandung, atau adik beradik kandung dengan masalah kencing manis.
  5. Masalah obstetrik semasa:
    • Glukosa dikesan sekali dalam air kencing semasa trimester pertama, atau dikesan 2 kali semasa trimester kedua dan ketiga
    • Darah tinggi sama ada sebelum atau semasa kehamilan
    • Air ketuban banyak (polyhdramnion)
    • Ukuran rahim jauh lebih besar berbanding minggu kehamilan
    • Kehamilan anak kembar
    • Jangkitan yang berulang-ulang
.
Ibu hamil yang mempunyai mana-mana faktor risiko di atas, dikehendaki menjalani ujian MGTT sekurang-kurangnya 2 kali sepanjang kehamilan (secepat mungkin semasa booking, sebaiknya sebelum 12 minggu, dan selepas 24 minggu).
.
Prosedur ujian MGTT:
  1. Ibu hamil puasa bermula malam. Ibu dibenarkan minum air kosong sahaja sehingga selesai 2 sampel darah diambil.
  2. Sampel darah pertama diambil (ibu masih berpuasa).
  3. Ibu hamil diberi minum air gula yang dibancuh (75g gula dibancuh dalam secawan air)
  4. Ibu hamil datang semula selepas 2 jam untuk diambil sampel darah yang kedua.
  5. Selesai 2 sampel diambil, barulah ibu hamil dibenarkan makan minum seperti biasa.
  6. Ujian MGTT tidak valid sekiranya ibu hamil tidak mengikut prosedur di atas, atau termuntah selepas minum air gula. Jadi, kena datang hari lain untuk ulang semula proses ini.
.

Suntikan Kancing Gigi, ATT

.
2 kali bagi first-time mommy (jarak sebulan) dan kelahiran sebelum melebihi 5 tahun.
1 kali jika kelahiran sebelum itu kurang dari 5 tahun.
.
pemeriksaan ibu hamil


.
KLINIK PUTRA
Cawangan Pokok Sena
04-573 2685

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana membaca dan terima kasih atas komen anda.