Kudis Buta Dan Rawatannya

Kudis Buta dan Rawatannya

Kudis buta (scabies) berpunca dari sejenis kutu kecil dipanggil Sarcoptei scabiei yang 'menghuni' di dalam kulit manusia. Sebaik kutu ini masuk ke dalam kulit dan bertelur, pesakit akan mengalami kegatalan melampau dan ruam berbiji kemerah-merahan.



Gejala Kudis Buta


Pesakit yang mengalami kudis buta akan mengalami simptom-simptom berikut:
  • Kegatalan yang teramat terutamanya di sebelah malam, terutamanya bagi pesakit yang tua dan kanak-kanak
  • Ruam merah berbiji (seperti jerawat) di seluruh badan dan celah-celah pelipat
  • Kulit menjadi pedih kerana menggaru yang berpanjangan
Kegatalan dan menggaru yang berterusan akan menyebabkan ruam 'terluka' dan mendedahkan ia kepada jangkitan. Apabila ini terjadi, ruam boleh mempunyai cecair kekuningan seperti nanah dan perlukan rawatan dengan antibiotik.

Kadang-kala kita boleh mengesan 'burrows' kutu ini pada kulit kita. 'Burrow' ini adalah satu 'garisan' timbul berwarna kelabu-keputihan atau berwarna kulit, yang terhasil apabila kutu betina masuk betul-betul di bawah kulit dan bertelur.



Di Mana Kutu Ini Tinggal


Kutu scabies boleh tinggal di mana-mana di seluruh badan kita. Namun, kutu ini juga mempunyai tempat 'feveret' juga seperti di celah-celah jari, di bahagian pelipat siku dan lutut, di pinggang, kemaluan atau payudara, di mana kawasan ini adalah gelap dan bersuhu lebih tinggi (suam).

Bayi atau kanak-kanak yang masih kecil boleh mempunyai ruam di kepala, leher, kaki dan tangan.


Bagaimana Kudis Buta Boleh Berjangkit?


Kudis buta boleh berjangkit melalui kontak kulit-ke-kulit untuk jangka masa yang lama. Ini memberi masa untuk kutu ini bergerak dari seseorang ke seseorang yang lain.

Contohnya berkongsi menggunakan tuala yang sama, tidur di katil yang sama, menggunakan bantal dan selimut yang sama.

Sentuhan yang sekejap tidak akan menjangkitkan seseorang dengan kutu ini kerana pergerakannya sangat perlahan. Sebagai contoh, berjabat tangan tidak akan menjangkitkan kutu.

Saiz kutu Sarcoptei scabiei sangat kecil sebesar kurang dari setengah milimeter sahaja.

Di atas kulit, ia kelihatan seperti titik hitam sahaja dan dengan itu, tidak mudah dikesan dengan mata kasar.


Kudis Buta Dan Rawatannya


Kutu Sarcoptei scabiei tidak boleh mati dengan sendirinya.

Ia boleh dibunuh menggunakan krim dan losyen yang mengandungi benzyl benzoate. Ianya perlu disapu pada keseluruhan kulit dengan ruam. Biasanya disarankan untuk menyapu dari leher dan ke bawah, dibiarkan selama 8 hingga 14 jam, kemudian dibilas.

Rawatan lain termasuklah ubat makan untuk gatal dan antibiotik (jika perlu).


Take-Home Massage


Oleh kerana saiz kutu ini sangat kecil, barang kepunyaan pesakit haruslah 'dirawat' di rumah juga.

Kerana kutu ini boleh hidup di atas permukaan kain selama 2-3 hari, pakaian pesakit sejak 3 hari lepas hendaklah dicuci dengan suhu tinggi dan dikeringkan di bawah matahari (suhu tinggi) untuk membunuh kutu ini. Boleh juga bawa untuk dry-clean pakaian-pakaian ini.

Bagi bantal, soft toys dan barang-barang yang tidak boleh dicuci, boleh diikat di dalam plastik dan diikat supaya kedap udara, dibiarkan selama seminggu untuk membunuh kutu tersebut.


KLINIK PUTRA CAWANGAN POKOK SENA
04-573 2685

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana membaca dan terima kasih atas komen anda.