10 Tips Mudah Hilangkan Sakit Tumit

tips hilangkan sakit tumit

 

 "Doktor, tumit saya ni sakit sangat. Dah seminggu sakit. Makan ubat pun dah tak 'jalan'dah. Tu yang saya mai sini. Dulu biasa jadi beberapa kali, tapi tak la sakit sangat macam kali ni. Kenapa ya saya selalu sakit tumit, doktor? Ada masalah yang serius ke?"

Setelah sejarah lain diambil dan pemeriksaan kesihatan dijalankan, doktor mendapati pesakit mengalami masalah plantar fasciitis.

Plantar fasciitis merupakan masalah yang agak kerap terjadi di kalangan masyarakat. Ianya terjadi akibat keradangan pada ligamen yang terletak di bahagian tumit (dipanggil plantar fascia) apabila tapak kaki mengalami tekanan yang berlebihan.

Faktor-faktor risiko termasuklah:

  1. Berat badan berlebihan dan obesiti.
  2. Berdiri atau berjalan untuk tempoh masa yang lama, contohnya pelayan di restoran yang sibuk.
  3. Masalah struktur kaki sedia ada, seperti tapak kaki rata (flat feet).
  4. Pemilihan kasut yang tidak sesuai seperti tapak kasut keras.
  5. Ibu mengandung juga berisiko kerana mengalami peningkatan berat badan mendadak dalam masa yang singkat.
.

Rawatan dan Pencegahan

Apabila sudah mengenal pasti punca sakit tumit anda, sudah semestinyalah rawatan terbaik ialah 'tackle' punca tersebut.

Jika anda mempunyai masalah berat badan berlebihan, berusahalah menurunkan berat badan sehingga mencapai berat badan ideal (BMI normal).

Jika kasut yang dipakai sudah terlalu lama, tapak juga sudah haus dan menjadi keras, cubalah mendapatkan kasut yang lebih sesuai. Saranan kasut untuk masalah plantar fasciitis ialah yang bertapak lembut, sedikit bertapak kira-kira 1 inci (untuk mengurangkan tekanan ke atas tapak kaki), dan tidak sempit di bahagian hujung (seperti kebanyakan kasut wanita).

Terdapat juga punca yang tidak boleh dikawal seperti contoh pelayan di restoran yang sibuk di atas. Puncanya berdiri dan berjalan untuk tempoh masa yang lama. Takkan pula mahu disuruh pesakit berhenti kerja kan? Tetapi pesakit perlu mengetahui faktor ini dan selagi faktor itu ada, sakit tumit boleh berlaku lagi di masa akan datang.

Ada juga faktor yang tidak boleh diubah langsung seperti struktur tapak kaki rata (flat feet) sejak azali lagi.
.

10 Tips Mudah Hilangkan Sakit Tumit

Selain ubat tahan sakit yang dibeli di farmasi atau ubat yang diberi oleh doktor, boleh juga anda lakukan beberapa senaman ringkas seperti dalam video ini. Nampak sahaja simple tetapi efeknya besar!

.

Selain dari itu:

  • Rehatkan diri dari banyak berjalan atau berdiri lama
  • Pilih senaman impak rendah seperti berbasikal atau berenang. Elakkan senaman yang memberi tekanan tinggi terhadap tapak kaki seperti berjoging.
  • Elakkan penggunaan kasut tapak tinggi
  • Senaman ringkas yang boleh dilakukan hanya di rumah:
    • Mencengkam objek kecil menggunakan jari kaki
    • Menggolekkan barang dengan tapak kaki
    • Berdiri jengket beberapa saat (contoh 15-30 saat), buat sekurang-kurangnya 3 kali untuk setiap sesi
    • Jalan jengket-jengket beberapa minit sehari
    • Berdiri sebelah kaki selama 5 minit, 2 kali sehari
    • Menarik tapak kaki menggunakan tuala
    • Berdiri sebelah kaki, tahan 10-20 saat. Ulang dengan kaki sebelah lagi satu.
.
Plantar fasciitis sepatutnya tidak memerlukan rawatan yang lebih serius seperti pembedahan. Tetapi jika tidak dirawat dan dicegah kejadiannya di masa akan datang, boleh memberi kesan terhadap sendi-sendi lain serta mengehadkan pergerakan anda kerana kesakitan.
.
.
KLINIK PUTRA
Cawangan Pokok Sena
04-573 2685

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana membaca dan terima kasih atas komen anda.