Pil melambatkan haid, namanya Norcolut (norethisterone)
|
Pagi ini, di klinik, ada seorang patient datang bertanyakan tentang pil untuk melambatkan haid. Nak holiday katanya. Biasanya, kalau ada patient muda2 nak ke umrah, mereka akan minta nasihat tentang pil untuk melambatkan haid ini. Ya, memang ada pil untuk melambatkan haid. Meh Ain nak cerita.
Pil melambatkan haid ini, kandungannya ialah norethisterone, sejenis hormon wanita progesteron yang menghalang rahim daripada meluruhkan dinding sebelah dalamnya (tanda haid bermula). Kalau nak lebih faham boleh tengok gambar kat bawah ni.
Pil melambatkan haid, berfungsi dengan cara menghalang dinding rahim dari 'luruh' (tanda haid bermula)
|
Bermula dengan 'ovulation' (dalam gambar, yang warna biru), telur (ovum) dihasilkan. Paras hormon progesteron tinggi. Selepas itu, dinding rahim akan mula menebal (dalam gambar, yang warna oren). Apabila ada persenyawaan dengan benih dari lelaki (sperma), dinding rahim ini akan terus menebal untuk menyokong kehamilan. Tapi kalau tak ada sperma, paras progesteron akan menurun, menyebabkan dinding ini akan 'luruh' dan haid bermula. Jadi, pil melambatkan haid ni bertindak memanjangkan fasa luteal (dalam gambar, 'luteal phase') ini dan menghalang haid terjadi.
Untuk melambatkan haid, pil ini boleh diambil dalam dos 5mg tiga kali sehari, setiap hari pada waktu yang sama, bermula dari hari ketiga sebelum expected haid kita, berterusan sehingga bila kita nak haid kita datang semula, Contohnya, kalau haid kita dijangka pada 30 Oktober, kita boleh mula ambil pil ini pada 27 Oktober dan berterusan sehingga kita dah bersedia untuk haid kembali.
Selama mana kita boleh makan pil untuk melambatkan haid ini? Pil melambatkan haid ini selamat dimakan sehingga 17 hari sahaja, Sebab lepas dari tempoh masa tu, macam-macam kesan sampingan yang serius boleh berlaku.
Dapatkan konsultasi penuh tentang pil untuk melambatkan haid (atau apa saja ubat) terutamanya kesan sampingan supaya kita lebih alert kalau ada apa-apa terjadi.
|
Kebanyakan kes, pesakit tak melaporkan kesan sampingan. Tapi kalau kesan sampingan yang biasa-biasa tu seperti naik ruam, kegatalan, pening, sakit kepala, loya dan kemurungan. Possible jgak kesan sampingan yang lebih serius seeprti salur darah tersumbat (thrombosis), bengkak (fluid retention), darah tinggi dan migrain. Apa pun kemusykilan, segeralah berjumpa doktor ya.
Oh ya. Pil melambatkan period ni bukan kaedah untuk mencegah kehamilan tau (read : BUKAN). Jangan memandai nak buat macam sejenis contracetion plak.
So, bila dah stop pil melambatkan haid ni, kebiasaanya haid akan kembali selepas beberapa hari, bergantung kepada badan masing-masing. Sebab ianya sejenis hormon, badan kita pun nak 'adjust' semula lepas kita dah stop pil ini. Kalau haid masih tak datang juga selepas beberapa ketika, apa nak buat? Buatlah UPT (Urine Pregnancy Test), mana tahu rupa-rupanya dah mengandung. Hehe.
Kalau untuk yang jenis haid tak menentu (tak regular), agak susah nak agak bila expected next haid kan. Jadi, bertawakkal dan berdoa ja banyak-banyak.
Lagi satu yang penting, elakkan mengambil pil untuk lambatkan haid ni, dengan ubat-ubat berikut, kerana boleh mengganggu fungsi ubat2 ini:
- Carbamazepine
- Tetracyclines, rifampicin, co-trimoxazol
- Antiviral medicines to treat HIV
- Anticancer medicines
- Herbal preparations containing St John’s Wort (Hypericum perforatum
- Ciclosporin (for suppressing the immune system)
- Medicines for high blood pressure
- Rifamycin
- Warfarin
- Sex hormones
- A statin for high cholesterol
- Griseofulvin
Ok, tu saja. Thank you sudi baca. Semoga bermanfaat. :)
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana membaca dan terima kasih atas komen anda.