Suntikan Umrah Dan Haji

SUNTIKAN UMRAH DAN HAJI 

 


Berita baik buat jemaah haji dan umrah di Pulau Pinang. Klinik Putra merupakan panel yang dilantik oleh Tabung Haji dan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk suntikan umrah dan haji. Boleh hubungi atau walk-in mana-mana Cawangan Klinik Putra untuk suntikan ini.


Apa anda perlu tahu tentang suntikan umrah dan haji?


Suntikan umrah dan haji dikenali sebagai meningococcal injection, ialah sejenis suntikan vaksin yang mengandungi antigen (protein kuman sahaja, tidak mengandungi kuman yang hidup) untuk mengaktifkan sistem imun badan terhadap jangkitan kuman meningococcal. Apabila badan terdedah dengan antigen ini, badan akan bertindak balas dengan menghasilkan antibodi yang boleh melawan dan membunuh kuman ini.

Penghasilan antibodi ini penting untuk menyediakan badan daripada serangan kuman Neisseria meningitidis, yang sangat mudah berjangkit dan boleh mengakibatkan komplikasi yang teruk dan tidak mustahil boleh menyebabkan kematian!

Kuman Neisseria meningitidis boleh menyebabkan jangkitan otak (meningitis / encephalitis / meningoencephalitis), jangkitan paru-paru (pneumonia), jangkitan darah (bacteremia). Kira-kira 20% pesakit yang sembuh dari jangkitan ini mengalami komplikasi seumur hidup seperti pekak, sawan, kerosakan otak, kerosakan buah pinggang, kehilangan anggota dan lain-lain. Sebab itu, mereka yang berisiko dinasihatkan mendapatkan suntikan ini, untuk menyediakan badan dengan antibodi yang boleh melawan kuman ini.



Kenapa Jemaah Umrah Dan Haji Diwajibkan Mengambil Suntikan Ini? 


Kerana jemaah haji dan umrah salah satu kumpulan yang berisiko kepada jangkitan meningococcal ini. 


Apa Kesan Sampingan Suntikan Umrah dan Haji Ini?


Suntikan ini TIDAK akan menyebabkan jangkitan meningococcal. Kesan sampingan yang agak biasa berlaku tetapi tidak membahayakan ialah seperti demam low grade (demam 'sikit-sikit'), kemerahan dan/atau bengkak di tempat suntikan.

Sangat jarang berlaku, pesakit boleh mengalami kesan alahan yang teruk selepas suntikan (jika pesakit mempunyai alahan terhadap vaksin ini). Segeralah ke hospital jika mempunyai simptom-simptom ini selepas suntikan ini:
  • sesak nafas
  • nafas berbunyi kuat
  • kesukaran menelan seperti biasa
  • kulit pucat
  • sakit kepala dan pening kuat
  • sakit dada
  • ruam yang banyak
  • jantung berdebar laju
  • muntah dan cirit-birit yang berterusan


Berapa Lama Suntikan Ini Perlu Diulang?


Suntikan vaksin Menveo dari Klinik Putra ini valid sehingga 5 tahun dari tarikh suntikan. Bermakna, sekiranya dalam masa 5 tahun anda bercadang untuk mengerjakan haji atau umrah lagi, anda tidak perlu mendapatkan suntikan ini semula. Cuma simpan kad suntikan sebagai rujukan sahaja.


Penyakit meningococcal boleh menyebabkan kematian dalam 24 jam. Dapatkan suntikan segera jika anda berisiko.


Untuk mendapatkan suntikan umrah dan haji dari Klinik Putra Cawangan Pokok Sena, boleh terus hubungi 05-5732685 untuk booking. Stok suntikan adalah terhad.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana membaca dan terima kasih atas komen anda.