Selesai cuci telinga sorang adik yang telinganya dipenuhi ear wax (tahi telinga), sampai menutupi keseluruhan lubang telinga. Gegendang pun tak nampak (macam dalam gambar dari Google ni).
Nasib baik masih lembut. So bolehla buat ear toilet terus. Alhamdulillah keluar seketul ear wax dan bersih terus telinganya.
Sedikit info yang anda perlu tahu tentang ear wax:
1) Tahi telinga ialah sejenis 'wax' yang dihasilkan oleh kelenjar yang terdapat di dalam telinga luar.
2) Fungsi tahi telinga ialah memerangkap habuk, debu dan mengelakkan bendasing masuk lebih jauh ke gegendang. Pendek kata, sebagai 'penapis semulajadi' telinga.
3) Secara semulajadinya, tahi telinga yang mengering akan terkeluar sendiri, samada semasa mandi atau tidur dan lain2. Mekanisma semasa mengunyah makanan juga membantu proses ini.
4) Penggunaan cotton bud untuk mencuci telinga sebenarnya adalah tidak betul. Kerana ia sebaliknya boleh menyebabkan tahi telinga ditolak lebih jauh ke dalam dan berkumpul, mengeras dan menyebabkan kesakitan dan gangguan pendengaran.
5) Tahi telinga yang terlampau keras memerlukan ubat titik untuk melembutkan ia terlebih dahulu.
6) Jadi, sekiranya anda mempunyai masalah tahi telinga yang banyak, segeralah ke klinik untuk rawatan yang sewajarnya.
Cucian telinga boleh dibuat secara manual (flushing) (contohnya di cawangan ini) atau dengan suction menggunakan mesin (terdapat di Klinik Putra Bertam Indah dan Sungai Dua).
Boleh rujuk entri Senarai Cawangan Klinik Putra untuk lokasi.
Boleh rujuk entri Senarai Cawangan Klinik Putra untuk lokasi.
Sekecil-kecil ciptaan Tuhan, ia pun perlukan perhatian.
KLINIK PUTRA CAWANGAN POKOK SENA
04-573 2685
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana membaca dan terima kasih atas komen anda.