Tanda Jangkitan Pneumokokal dan Cara Pencegahan


Tanda Jangkitan Pneumokokal | Penyakit pneumokokus ialah sejenis jangkitan yang disebabkan oleh bakteria yang dipanggil Streptococcus pneumoniae.

Bakteria ini masuk ke dalam badan melalui hidung dan mulut, di mana ia boleh hidup di sini tanpa mendatangkan bahaya. Ianya dapat disebarkan semasa bersin atau batuk dalam jarak yang dekat.

Daripada hidung dan mulut, bakteria ini boleh tersebar ke bahagian badan yang lain, menyebabkan simptom-simptom yang berbeza.

Jangkitan pada lapisan perindungan yang menyelaputi otak dan tulang belakang menyebabkan meningitis. Jika bakteria ini ke paru-paru akan menyebabkan pneumonia. Sekiranya ke telinga tengah, akan mengakibatkan acute otitis media. Manakala jika ia menjangkiti salur darah, akan menyebabkan septicemia.


TANDA JANGKITAN PNEUMOKOKAL


Gejala-gejala yang timbul bergantung kepada bahagian badan mana yang dijangkiti:


MENINGITIS


Simptom pada bayi termasuklah hilang selera, kurang aktif dan muntah-muntah yang berterusan. Sekiranya menjangkiti kanak-kanak pula, mereka boleh mengalami leher tegang, demam tinggi, sakit kepala, sensitif kepada cahaya dan kebingungan.

Apa yang perlu dilakukan oleh ibu bapa, ialah segera dapatkan bantuan perubatan di hospital terdekat.

PNEUMONIA


Kanak-kanak yang dijangkiti boleh mengalami:
  • batuk
  • demam
  • seram sejuk
  • sakit kepala
  • sukar bernafas
  • hilang selera
Keadaan kanak-kanak yang semakin membimbangkan atau tidak sembuh-sembuh, segeralah dapatkana rawatan di hospital berdekatan.


ACUTE OTITIS MEDIA


Kanak-kanak yang dijangkiti kuman Streptococcus pneumoniae di bahagian telinga akan mempunyai gejala-gejala berikut:
  • sakit telinga
  • iritasi
  • demam
  • hilang pendengaran
  • lelehan dari telinga
Jangkitan yang berulang-ulang akan menyebabkan kelewatan bercakap, masalah tingkahlaku dan  boleh mengganggu prestasi akademik. 

Oleh itu, anak-anak perlu dibawa segera kepada doktor untuk diperiksa dan rawatan yang sepatutnya.


SEPTICEMIA


Tanda-tanda kanak-kanak dijangkiti  darah mereka ialah demam, pernafasan laju, iritasi, hilang selera makan, kurang aktif, pucat dan lesu. 

Segeralah ke hospital sekiranya anak-anak mempunyai tanda-tanda ini.


CARA MENCEGAH PENYAKIT PNEUMOKOKUS


Bagi kanak-kanak yang batuk dan selesema, disarankan untuk menutup mulut semasa batuk dan selesema.

Ibu bapa juga perlu mengambil berat tentang kebersihan tangan anak-anak. Galakkan anak-anak membasuh tangan dengan bersih setiap kali sebelum makan, selepas makan, dan keluar dari tandas awam.

Untuk bayi yang masih kecil pula, digalakkan penyusuan susu ibu secara ekslusif. Susu ibu adalah makanan semulajadi terbaik untuk bayi yang kaya dengan antibodi untuk menyokong sistem imun bayi yang masih lemah.

Jauhkan anak-anak dari persekitaran berasap. Contohnya dari perokok, tempat pembakaran sampah dan jerebu.

Anda juga boleh dapatkan suntikan vaksin pneumokokal di klinik-klinik swasta yang memberi perkhidmatan ini.


"MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT"


KLINIK PUTRA CAWANGAN POKOK SENA
04-573 2685

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana membaca dan terima kasih atas komen anda.