5 Info Ibu Bapa Perlu Tahu Sebelum Sunat Bayi Perempuan


Sunat Bayi Perempuan adalah jauh berbeza sekali dengan sunat lelaki. Untuk ibu bapa yang baru pertama kali menimang cahaya mata perempuan, semestinya menjadi pertanyaan akan sunat anak mereka ini.


5 Info Anda Perlu Tahu Tentang Suhat Bayi Perempuan


1. Hukum Berkhitan Anak Perempuan


Berdasarkan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-86 yang telah bersidang pada 21-23 April 2009, hukum pemotongan genitalia wanita (Female Genitalia Mutilation) adalah sebahagian daripada syiar Islam dan perlu dilaksanakan.

Walau bagaimanapun, sekiranya boleh mendatangkan mudharat tentang keselamatan, kelonggaran diberikan.


Info lanjut tentang hukum sunat bagi perempuan, boleh rujuk info dari Laman Web Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

2. Bila Boleh Sunatkan Bayi Perempuan


Di klinik kami, disarankan untuk sunat bayi perempuan selepas 6 bulan. Ini kerana jika bayi masih terlalu kecil, dikhuatiri kulit untuk dipotong masih terlalu kecil.

Jika anak sudah besar contoh lebih 5 tahun, dikhuatiri anak-anak sudah ada perasaan malu dan mungkin akan melawan semasa prosedur.

Sunatkan anak perempuan antara usia 6 bulan sehingga setahun adalah lebih baik. Mudah untuk dijalankan. Luka pun kecil sahaja.

3. Persediaan Ibu Bapa


Untuk membawa bayi perempuan anda bersunat, pastikan anak anda sihat. Dan pastikan juga lampin/pampers anak anda tidak bernajis.

Jika anak anda membuang air besar, tukarkan lampin yang baru dahulu.

4. Cara Sunat


Berbeza dengan sunat lelaki, sunat bayi perempuan cuma akan dipotong sedikit sahaja kulit di bahagian clitoris mereka. Dengan ini, luka yang ada adalah sangat kecil. Pendarahan pun sepatutnya sangat minima. Balik rumah dah boleh aktif macam biasa budak tu. Hehe.


5. Cara Penjagaan


Cara penjagaan pun mudah sangat. Ibu bapa cuma perlu monitor sahaja luka dan pendarahan di tempat yang dipotong.


Sekian. Wallahuálam.


KLINIK PUTRA CAWANGAN POKOK SENA
04-5732685

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana membaca dan terima kasih atas komen anda.