Suntikan Vaksin Tifoid | Klinik Putra Cawangan Pokok Sena


Demam tifoid (typhoid fever) ialah sejenis penyakit akut berpunca dari kuman Salmonella jenis typhii dan paratyphii yang terdapat di dalam air dan makanan.

Penyakit ini boleh dijangkiti apabila anda makan dan minum air atau makanan yang tercemar dengan kuman ini. Penghidap penyakit ini kebiasaannya mengalami demam, kurang selera makan, sakit kepala, keletihan, sakit perut.

Sekiranya tidak dirawat, kira-kira 30% kes demam tifoid boleh membawa maut! Manakala penghidap yang kembali sihat, kira-kira 3-5% di antara mereka merupakan pembawa penyakit ini.

Diagnosis demam tifoid boleh dibuat dengan kehadiran kuman Salmonella ini dari sampel najis, air kencing dan darah.

PENYAKIT DEMAM TIFOID BOLEH DICEGAH!


Kini, terdapat suntikan vaksin tifoid di kebanyakan klinik swasta. Suntikan vaksin ini merupakan suntikan kuman yang dinyahaktifkan, untuk merangsang penghasilan antibodi di dalam badan. Jadi sekiranya dijangkiti kuman ini di masa akan datang, badan anda telah pun mempunyai 'kubu pertahanan' untuk mengelak dari jangkitan yang lebih serius.

Suntikan vaksin tifoid disarankan kepada mereka yang berisiko mendapat penyakit ini. Antaranya:

1) pengendali makanan dan minuman, termasuk pekerja-pekerja gerai dan restoran
2) mereka yang akan bercuti ke mana-mana negara yang berisiko tinggi contoh: air kotor di negara itu. Untuk ini, anda dinasihatkan mendapatkan suntikan typhoid seawal 2 minggu sebelum bertolak.
3) pekerja makmal yang mengendalikan kuman Salmonella
4) yang hidup dan ada kontak dengan pembawa kuman typhoid contoh ahli keluarga penghidap demam typhoid

Apakah kesan sampingan suntikan vaksin tifoid ini?


Sebilangan kecil mereka yang disuntik boleh mengalami demam rendah, pening atau sakit kepala, sakit perut dan keletihan. Simptom-simptom ini kebiasaanya tidak memudaratkan dan akan sembuh dalam masa yang pendek.

Jarang-jarang berlaku, ada juga pesakit yang mengalami alahan terhadap suntikan ini, di mana di masa akan datang, pesakit ini termasuk dalam kontraindikasi bagi suntikan ini. Kesan alahan yang teruk memerlukan rawatan di hospital.

Kepada anda yang berisiko, cegah sebelum kena. Hubungi mana-mana cawangan Klinik Putra untuk suntikan ini.

KLINIK PUTRA CAWANGAN POKOK SENA 04-573 2685

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana membaca dan terima kasih atas komen anda.