Jangkitan Cacing Pada Kanak-kanak

Jangkitan Cacing Pada Kanak-kanak


Jangkitan cacing pada kanak-kanak boleh berlaku tanpa kita sedari. Cacing parasit ialah cacing yang boleh hidup di dalam darah, usus dan organ. "Parasit" bermaksud, sesuatu yang 'menumpang' tetapi boleh memudaratkan tempat yang ditumpang itu.


Cacing parasit ini boleh masuk ke dalam badan apabila kanak-kanak termakan telur cacing di dalam makanan yang tidak dimasak dengan baik. Kebiasaannya akan menjangkiti kanak-kanak yang tidak mementingkan kebersihan tangan sebelum makan.

Cacing parasit yang telah memasuki badan kanak-kanak akan menetas dan bertelur di dalam usus kecil, kemudiannya mendapatkan zat makanan dari usus kecil semasa proses penghadaman. Ianya akan membesar, mengawan dan membunting, dan bergerak ke usus besar, di mana telurnya akan dikeluarkan bersama najis.

Terdapat beberapa jenis cacing parasit yang membahayakan ini:
  • cacing cangkuk (hookworm)
  • cacing gelang (ringworm)
  • cacing benang (threadworm)
  • cacing kerambit dan pita (tapeworm)

Beberapa jenis cacing, sekiranya menjangkiti usus kanak-kanak secara kronik, iaitu telah berada di dalam badan kanak-kanak selama bertahun-tahun lamanya tanpa dsedari, boleh memudaratkan. Contohnya cacing pita boleh mengakibatkan kerosakan otak, dan cacing gelang pula boleh menyebabkan usus tersumbat dan sembelit.


SIMPTOM DIJANGKITI CACING


  1. Cepat letih dan lemah kerana zat dari makanan telah diserap oleh cacing
  2. Pucat lesi juga kerana kekurangan zat besi
  3. Kurang selera makan
  4. Perut kembung atau sakit perut yang kerap
  5. Cirit-birit atau sembelit
  6. Berat badan statik atau menurun
  7. Gatal tapak kaki atau lubang dubur

Kenalpasti tanda-tanda jangkitan cacing pada kanak-kanak. Segeralah berjumpa doktor untuk pemeriksaan dan rawatan.

 

APA PERLU DILAKUKAN SEKIRANYA KANAK-KANAK MEMPUNYAI TANDA-TANDA DI ATAS?


Segeralah bawa kanak-kanak berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Anak anda akan diberikan ubat cacing dalam bentuk cecair (syrup) untuk diminum.

Di Klinik Putra, ubat cacing kami ialah Adazol, mengandungi 200mg Albendazole dalam setiap 5ml cecair. Dos yang disarankan ialah mengikut umur kanak-kanak.

Bagi kanak-kanak yang berusia 1-2 tahun, dos saranan ialah 5ml. Manakala bagi kanak-kanak 2 tahun dan ke atas, ialah 10ml Adazol. Sekiranya selepas mengambil ubat ini, didapati cacing di dalam najis kanak-kanak, haruslah diteruskan ubat ini selama 3 hari. Dan sekiranya pada hari keempat dan seterusnya masih terdapat cacing di dalam najis, segeralah berjumpa pakar kanak-kanak untuk rawatan lanjut.


KAEDAH PENCEGAHAN


Untuk mencegah kanak-kanak dijangkiti cacing parasit, ibu bapa dan penjaga boleh mengajar kanak-kanak beberapa perkara di bawah:
  • Basuh tangan dengan bersih dan teliti sebelum makan
  • Membersihkan sumber makanan mentah dengan baik
  • Menggunakan air yang dimasak sempurna untuk minum
  • Memakan makanan yang dimasak sempurna
  • Elakkan anak-anak menghisap jari
  • Memastikan tandas sentiasa bersih
  • Membersihkan mangkuk tandas awam terlebih dahulu sebelum membuang air
  • Memakai kasut di luar rumah

Antara kaedah mencegah jangkitan cacing pada kanak-kanak

Sekian. Semoga bermanfaat. Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana membaca dan terima kasih atas komen anda.