7 Cara Atasi Stress Secara Sihat




Rasa sayu hati ini bila baru-baru ni saya didatangi seorang ibu bawa anak lelaki remajanya yang baru berusia belasan tahun. Kata ibunya, anak lelaki dia ni dah mengaku ambil syabu sejak setahun lebih lepas. Dan sekarang dah insaf dan berazam dah tak nak ambil syabu lagi.


Pengambilan syabu (juga dikenali sebagai ‘ice‘), dalam bahasa perubatan dipanggil methamphetamine, merupakan antara dadah yang sangat memudaratkan!

Ambil dadah bukan jalan penyelesaian terbaik untuk hilangkan stress ya.

Mula-mula kita kena faham dahulu, apa itu dopamine?


Dopamine ialah hormon ‘gembira’ yang membantu kita fokus, mood yang baik, membentuk perangai dan sebagainya. Secara fitrah, hormon dopamine akan dihasilkan setiap kali kita bertindak sesuatu untuk ‘survive‘. Contohnya makan, tidur, bermain, bekerja… – semua ini akan menghasilkan paras dopamine yang kita perlukan secara semulajadi.

Selepas makan kita akan berasa tenang dan gembira, menandakan dopamine sudah dihasilkan. Sebaik bangun dari tidur kita rasa fresh dan mood pun bagus sebab doamine dah dihasilkan. Dan selepas bermain pun kita akan berasa puas dan gembira disebabkan dopamine dihasilkan.

Ada juga mereka yang memilih cara atasi stress yang salah untuk meningkatkan dopamine (berasa gembira) :
  • mengambil minuman berkafein secara berlebihan (caffeine abuse)
  • minum arak berlebihan (alcohol abuse)
  • pengambilan makanan manis berlebihan (sugar abuse)
  • dadah (nikotin, kokain, amphethamine, ‘ice‘, dan lain-lain)
  • pornografi
  • berjudi
Kajian mendapati pengambilan nikotin (terdapat di dalam rokok) akan meningkatkan dopamine sebanyak 200%, kokain sebanyak 400%, amphetamine sebanyak 1000%, manakala ‘ice’ boleh ‘masuk’ ke dalam otak lebih lama berbanding amphetamine! Tu sebab terjadinya ketagihan!


Say NO to these abuse!
.
Ya, memang mereka akan berasa gembira dengan cara-cara ini. Kerana cara-cara ini akan ‘hijack‘ dan memaksa otak mengeluarkan dopamine yang banyak, menyebabkan seseorang itu berasa over seronok, ‘high‘, sangat peramah dan mood sangat baik untuk satu jangka masa. Apabila paras dopamine merosot, mereka akan NAK ‘topup‘ semua dan inilah yang menyebabkan ketagihan.

Lama kelamaan, reseptor dopamine akan mula rosak, mengakibatkan banyak bahagian pusat kawalan otak turut terjejas. Jadinya,
  • penagih dadah akan mula turun berat badan dengan mendadak (kerana bahagian otak yang mengawal lapar terganggu – pesakit takkan berasa lapar)
  • mengalami gangguan tidur (bahagian otak yang mengawal tidur juga terganggu)
  • dehidrasi (penagih sudah tidak menghiraukan lapar dahaga)
  • demam, bisul dan jangkitan pada kulit tempat suntikan
  • osteoporosis
  • mati pucuk
  • perubahan perangai yang ketara disebabkan dadah telah mengubah kimia di dalam otak mereka – paranoia, halusinasi, agresif, mood swing
…sehingga mereka mendapat ‘topup‘ mereka semula.

Mereka akan hilang nilai hidup, tidak mempedulikan perkara-perkara harian atau perkara-perkara yang dahulunya mereka minati. Dalam masa yang sama kesihatan semakin merosot dan boleh timbul juga masalah sosial disebabkan ketagihan mereka.


Cara atasi stress yang tidak sihat boleh merosakkan otak!

.

7 Cara Atasi Stress Secara Sihat

.

1# BERSENAM

Bersenam meningkatkan penghasilan sel-sel otak baru, melambatkan penuaan sel-sel otak dan memperbaiki pengaliran nutrien ke otak. Selain meningkatkan paras dopamine secara sihat, bersenam juga meningkatkan paras serotonin dan noradrenaline yang membantu mengawal situasi stres dengan lebih baik.

Lagi bagus kalau dapat melakukan aktiviti fizikal di luar rumah, Ini kerana cahaya matahari meningkatkan penghasilan reseptor dopamine (lebih banyak ‘pintu’ untuk dopamine). Vitamin D yang dihasilkan juga mengaktifkan gene yang melepaskan dopamine
.

2# MEDITASI

Secara klinikalnya, bermeditasi telah terbukti manfaatnya di dalam 1000 kajian!:
meningkatkan keupayaan untuk belajar
kreativiti seseorang lebih baik
membantu berehat dengan lebih baik

Bermeditasi kebiasaannya dikaitkan dengan hobi kita seperti menjahit, mewarna, melukis, menangkap gambar, membuat kerja-kerja bertukang dan lain-lain. Kiranya macam kerja-kerja yang fokus terhadap sesuatu yang kita suka.

In fact, bersolat juga salah satu cara meditasi yang baik.
.

3# MUSIK

Mendengar musik juga meningkatkan paras dopamine secara sihat. Itu sebab ramai je yang rasa happy dapat menyanyi tambah-tambah kalau menyanyi beramai-ramai. 
.
Salah satu cara atasi stress yang sihat ialah dengan mendengar musik.

4# SENTUHAN

Sentuhan seperti mengurut dan membelai haiwan peliharaan pun boleh tingkatkan dopamine dan buat kita rasa tenang dan gembira.

Jadi, yang sukakan haiwan, apa kata dapatkan seekor untuk membantu release tension hari-hari.
.

5# TIDUR YANG CUKUP

Yang ini juga ada kajian yang mengatakan, kurang tidur akan menyebabkan penurunan jumlah reseptor dopamine. So, hari-hari make sure tidur cukup ya.
.

6# KAITAN DOPAMINE DENGAN BERAT BADAN

Anda yang obes tu kena baca sampai habis point ni. Dikatakan seseorang yang obes mempunyai reseptor dopamine yang kurang.

Salah satu ‘kerja’ dopamine ialah di bahagian otak yang mengawal kepuasan. Seseorang yang obes, tidak akan puas apabila makan. Sebab itulah mereka makan dengan banyak dan berterusan!
.

7# MANDI AIR SEJUK

Ini juga dibuktikan dalam kajian klinikal, di mana mereka yang mandi dengan air sejuk dengan suhu 14 darjah Celcius mempunyai paras dopamne yang lebih tinggi sebanyak 250%!

Wah, memang happy la lepas mandi air sejuk tu kalau paras dopamne naik sampai 250%. Tapi kan…sejuknya 14 Celcius! Gggrrrr….


Mandi air sejuk pun cara atasi stress secara sihat juga
.
Kesimpulannya, banyak je cara semulajadi dan sihat yang kita boleh buat untuk menangani stress kan? Tak semestinya kena buat semua. Kita boleh pilih yang mana sesuai dengan kehidupan kita.

Masing-masing ada cabaran hidup masing-masing. Kalau kita fokus kepada masalah kita, masalah lah yang kita akan nampak. Jadi kalau nak gembira, tumpukan perhatian lebih kepada perkara-perkara yang menggembirakan kita.

Semoga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana membaca dan terima kasih atas komen anda.