Salahguna Antibiotik Boleh Mengancam Nyawa

Tak perlulah nak mencebik atau mengkritik jika doktor tak berikan anda antibiotik untuk masalah kesihatan anda. Itu bodoh-sombong namanya.

Antibiotik, sekiranya disalahgunakan (tidak diperlukan) lebih membawa keburukan daripada kebaikan!


Perbezaan Bakteria dan Virus

Bakteria (kuman) ialah organisma yang boleh dijumpai di seluruh badan (dalam dan luar) kita. Kebanyakan bakteria tidak membahayakan. Sebaliknya berharmoni dengan tubuh badan manusia.

Contohnya, bakteria yang hidup di dalam usus manusia berfungsi menyeimbangkan kesihatan usus kita.

Terdapat juga bakteria yang menyebabkan penyakiit seperti Streptokokus di tekak boleh mengakibatkan jangkitan tekak.

Berbeza dengan bakeria, virus ialah hidupan halus yang jauh lebih kecil dari bakteria, dan tidak boleh bertahan di luar sel badan. Virus menyebabkan penyakit apabila memasuki sel badan yang sihat.
.

Bagaimana Pula Dengan Antibiotik?

Antibiotik, juga dikenali sebagai ubat antimikrob ialah kumpulan ubatan yang 'berlawan' dengan jangkitan kuman, samada dengan membunuh bakteria atau menyebabkan bakteria sukar untuk bertubuh dan membahagi.




Di sini, penting untuk kita ketahui yang ANTIBIOTIK TIDAK BERKESAN LANGSUNG KE ATAS VIRUS!


Maknanya, anda tidak perlukan antibiotik untuk masalah jangkitan virus. Antara kes yang TIDAK memerlukan antibiotik (kebanyakannya disebabkan virus) adalah:
  • demam selesema
  • sakit tekak
  • kebanyakan batuk
  • jangkitan sinus dan telinga
.

Kalau Anda Tahu Tentang Kesan Sampingan Antibiotik, Anda Takkan Nak Pun Antibiotik Kecuali Apabila Dipreskripsi

.

Antibiotic Resistance

Pernah dengar tentang 'antibiotic resistance'?

Dalam bahasa kita dipanggil kerintangan terhadap antibiotik. Kerintangan antibiotik ialah kebolehan bakteria 'menepis' kesan antibiotik (antibiotik takkan berkesan untuk menghapuskan bakteria).

Ini boleh terjadi apabila antibiotik disalahgunakan, samada 'overuse' (terlalu kerap mengambil antibiotik) atau mengambil antibiotik sedangkan anda hanya mengalami jangkitan virus.

Antibiotik bukan sahaja akan membunuh bakteria yang sensitif terhadapnya. Malah pada masa yang sama aakan membunuh kebanyakan bakteria 'baik' di dalam badan, meninggalkan bakteria-bakteria yang sudah mempunyai kerintangan terhadap antibiotik tersebut.

Pada mulanya, jumlah bakteria 'resistant' ini adalah kecil sahaja. Tetapi setelah semakin banyak bakteria 'baik' sudah tiada (disebabkan penggunaan antibiotik yang kerap), ini memberi ruang kepada bakteria 'resistant' ini untuk mencambah semakin banyak.
Kesan sampingan antibiotik
Kesan Sampingan Antibiotik : Gambar menunjukkan bagaimana antibiotic resistance berlaku.
.

Bahaya Ke Antibiotic Resistance Ni?

Masalah kerintangan antibiotik ini BOLEH BERJANGKIT!

Antibiotic resistance merupakan salah satu masalah public health yang membimbangkan.  Ia menyebabkan penyakit yang dahulunya boleh dirawat dengan antibiotik, menjadi suatu penyakit yang sangat sukar untuk dirawat dan memerlukan belanja yang lebih besar.

Pesakit, samada orang dewasa atau kanak-kanak yang mengalami kerintangan antibiotik akan sakit untuk jangka masa yang lebih panjang.

Bakteria yang 'tahan lasak' ini boleh menjangkiti ahli keluarga yang lain, rakan-rakan di sekolah, kawan sekerja, dan seterusnya mengancam keselamatan masyarakat.



kesan sampingan antibiotik
Kesan Sampingan Antibiotik : Rajah ini menunjukkan bagaimana kerintangan antibiotik boleh berjangkit dan mengancam masyarakat sekeliling dan masalah public health
.
Masalah ini sangat sukar dirawat dan kadangkala boleh mengakibatkan kecacatan dan tidak mustahil kematian.

.

Langkah-langkah Pencegahan

  1. Ambil antibiotik jika dipreskripsi doctor bertauliah sahaja.
  2. Sentiasa mengambil antibiotik seperti yang diarahkan.
  3. Tidak sesekali menggunakan lebihan antibiotik yang lepas.
  4. Dilarang berkongsi antibiotik dengan orang lain.
  5. Cegah jangkitan dengan teknik cuci tangan yang betul, mengelak berada berhampiran dengan orang sakit, mengamalkan pemakanan seimbang dan sihat.
.
Kerintangan antibiotik ancaman kesihatan masyarakat. Jangan jadikan bodoh-sombong anda memudaratkan orang lain.
.
Sumber : Centers for Disease Control and Prevention
.
.
KLINIK PUTRA
Cawangan Pokok Sena
04-573 2685

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana membaca dan terima kasih atas komen anda.